peNgikUt sEtiA

klik sokmo!!

Wednesday, March 16, 2011

apabila hujan turun...

sejak jumaat lepas hujan tak henti-henti di terengganu ni...ingatkan di terengganu jer hujan..rupa-rupanya di klate, di kl pun turut mengalami hujan...

bila pergi kerja dalam waktu hujan macam ni...adus la...nak bangun tidur pun malas...
nak mandi..adus lagi la sejuk..

nasib baik ada water heater penyelamatnya...


bila hujan lebat walaupun berpayung mesti tempiasnya tetap kena..abis basah kain baju kurung dibuatnya...bila tak berpayung kena hujan..adus sakit kepala....macam la situasi aku sekarang...

sekarang mood sakit kepala...huhuhu..












says: hujan yang turun bagaikan mutiara...

Tuesday, March 15, 2011

T.U.T.U.P


Bismillahirahmanirrahim....

dengan secara rasminya, saya mengumumkan contest story mory...sob...sob... di tutup sekarang...dan pemenangnya insyaallah akan diumumkan akhir bulan ni...










says: maaf sebab lambat update pasal contest ni..baru ni dalam mood bercuti...

Saturday, March 5, 2011

menyampah dengan google chrome

menyampah betul!!!!betul-betul menyampah dengan google chrome...aku baru semangat nak BW..tiba-tiba tak leh buka lak blog org lain...prob loading pulak..adus...sakit taya guh r...

biasanya mozilla menjadi pilihan aku..tapi mozilla aku bila dah close..kiter nak buka balik jadi prob...langsung tak leh bukak..not responding...n then solutionnya aku bukak la google chrome..ye la nak mengharapkan IE..adus xrok cetong la boh....so rupa-rupanya google chrome pun adik beradik jugak ngan IE...mmm...nasib la...










says: dah hilang semangat nak BW...layan drama kat tv3 lagi baik...

pilihlah yang terbaik!!!

esok hari ahad bersamaan 6mac 2011 adalah merupakan pilihanraya kecil bagi dun kerdau dan merlimau...so pada pengundi di sana plz lakukan tanggungjawab tersebut...dan plz tolonglah pilih yang terbaik..pilih wakil rakyat yang dapat membela kiter bukan menyamun harta kiter...so pikir-pikirlah demi bangsa, agama dan negara...sesungguhnya senjata kiter sebagai rakyat terletak di tangan kiter...jadi ingat PANGKAH yang betul-betul berhak....

sekarang ayah aku berada di melaka..memberikan sokongannya disana

manakala abang aku pula di kerdau...setiap kali mengundi sure ayah n abang aku turun sana...semoga penat lelah mereka berbaloi..










says: suka warna hijau...bila tengok warna hijau tenang je hati ni, sejuk je mata ni...

Thursday, March 3, 2011

Oh! bayang-bayang

contets ni aku jumpa dekat blog yang sangat cute bagi aku..header yang gempak..dan blog ni menjadi list dalam blog aku...blog yang aku maksudkan iaitu cik pisang...bila aku buka tengok contest ni terus aku ingat pasal gambar bayang-bayang yang ada dalam koleksi aku...so watch out cik pisang.....

usihhhh...macam sama lak gambar aku ni ngan cik pisang kan...dua-dua gambar kat pantai...cuma yang bezanya aku berlima...dan aku sure destinasi pun berlainan..tengok pasir pun dah tau kan...dan gambar aku ni semua pompuan..dan gambar yang cik pisang punya ada laki-laki..maybe 3 lelaki sorang pompuan..ishhh..aku ni macam masuk peraduan teka gambar cik pisang lak...padahal aku nak mempertaruhkan gambar aku ni...apa da aku ni...

ok berbalik kepada gambar yang menjadi pertaruhan dari aku ni kan...kan...gambar ni dirakamkan pada tahun lepas di pantai teluk ketapang, kuala terengganu pada tarikh 15 oktober 2010..kenapa aku ingt tarikh ni???sebab gambar ni member aku iaitu aisu azianti menempeknya kat dalam fb dia dengan bertajukkan album 15 okt 2010..kalau tak haram la aku nak ingat tarikh ni...gambar ni diuploadnya dalam fb beliau sebab masa ni guna kamera beliau..so gambar ni memang original dan aku pun wujud dalam ini punya gambar...

ok saper2 yang mau join...rajin2 la terjah di blog cik pisang k!!!










says: dah lama tak "nembok" dengan saing-saing...masing2 bz nak buat camner...

demi BW..


malam ni aku sangat-sangat rajin BW sebab tarffic aku dah jatuh menjunam sebab bz yang amat baru-baru ni....

so demi BW aku sanggup...

1) tahan rasa mengantuk aku sekarang ni
2) sabar menunggu bila masuk ke blog yang agak berat dengan pelbagai widget
3) tabah hati biler laptop hang sebab duk masuk ke blog yang "berat"
4) tadah telinga dengar lagu yang dah tersedia kat blog tuh

dan aku suka bila BW ke...

1) blog yang ada share good info
2) dapat tengok header n layout yang cantik
3) dapat tengok kreativiti blogger-blogger yang lain
4) dapat tambah kenalan

so tuh je la serba sedikit yang dapat aku kongsi sepanjang pengalaman BW ke blog-blog lain..
mata pun dah makin memberat..idea pun makin kurang..

so harap-harap aku dapat tidur lena macam pic baby yang kat atas ni..









says: gagahkan diri untuk BW

Wednesday, March 2, 2011

bz time ni...


adus....minggu ni aku sangat-sangat bz...asyik kena bertugas kat luar jer...so kerja pun makin la bertimbun-timbun tak sempat nak finish...nasib badan la biler kerja bertangguh ni..sape nak tanggung..akak jugakk!!!

oleh sebab itu la blog ni dah lama tak berasap...tuan rumah tak sempat nak buka blog pun...nak update apatah lagi kan...dan sebab tuh jugak traffic blog ni jatuh merudum..adus la...

dan satu lagi untuk contester story mory sob..sob tu kan...sori aku tak sempat nak menghayati lagi citer-citer sedih tuh..tapi xper..citer-citer tuh akan dibaca bila aku betul-betul free..sebab kalo boleh aku nak menghayatinya dengan penuh perasaan ...sambil layan instrumental dari moram...baru la feeling dapat kan...hehe...so pada contester yang belum diterjah lagi tuh sorry ye..ambil masa sikit...









says: nak memfinish kan segala kerja yang bertangguh aka bertimbun...adus la..nasib badan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...