peNgikUt sEtiA

klik sokmo!!

Monday, December 12, 2011

selamat tinggal muka buku


seperti yang aku ceritakan didalam entry yang lepas (sila klik sini)....pagi-pagi ni..bila masuk ofis aku terus je buka fb..alhamdulilah dapat masuk n then aku pun terus deactivatekan akaun aku tuh..

huh!!! ngeri bila fikir-fikir akaun fb di hack ni kan...sebabnya pagi tadi aku terdengar dalam radio masa aku drive ke ofis..n aku nak share disini bila sesuatu akaun kita di hack..dalam radio tuh kata..ada satu syarikat yang emailnya telah digodam oleh "awang hitam" yang berada di sini...dan mendukacitakan syarikat tuh mengalami kerugian..huh!!!dasyat la...









says: so pasni jaga la elok-elok akaun email, fb, bank, kad atm kita sebelum akaun anda di godam..

Sunday, December 11, 2011

ada apa dengan facebook aku??


adussss....start 2 minggu lepas nak buka fb tak dapat-dapat..tak lepas-lepas nak masuk..bila log in dikatakan password aku salah..bila aku try tukar password yang baru lak tak dapat jugak nak masuk..n then aku ada jugak la terpikir-pikir fb aku ni dah kena hacked ker??biar betik!! ye la sape pulak nak mendajalkan aku ni..aku bukannya orang popular..rupa takde..duit lagi la takde..tetapi siapakah gerangan yang berani memperlakukan aku begini..adusss..sedey tau..huhuhuhu

dah la tuh dalam fb tuh ada banyak gambar..aku pulak tak sempat nak deactivated kan akaun aku tuh..n now aku langsung tak dapat nak on fb aku..kalo korang ada solutionnya tolonglah bagitau aku...kesian kat aku ni...huhuhuhuhu

bila diingat-ingat kembali..biasanya kalau aku on fb kan..aku tak sign out pun terus aku kuar camtu jer..yela...dah kita buka kat laptop kita sendiri kan..dah kira secure la kan...sebab tuh la jarang-jarang aku sign out yang mengikut prosedurnya..adakah disebabkan fb aku tak off boleh dihacked ha??

fb...fb...pening aku dengan perangai kamu yang dah banyak songeh sekarang ni!!!!









says: bila lama tak layan fb..sunyi lak rasa hidup ni....

Tuesday, December 6, 2011

program yang mendapat tempat di hatiku


sejak semenjak dua menjak ni..tiap-tiap pukul 9mlm memang aku dah duk tercongok depan tv...korang nak tau pasal apa???sebabnya aku dah jatuh cintan dengan MASTERCHEF...

rancangan masterchef ni berlainan dengan rancangan realiti tv yang lain..kalo yang lain sokmo pasal nyani..dah puas tengok rancangan camtuh..so bila dah selalu follow masterchef ni..terus dah melekat kat hati aku..

dan oleh kerana aku ni suka masak...cewahhh....aku selalu la try masak apa yang dimasak oleh masterchef tuh...80% jugak la menjadinya..walaupun bahan-bahan yang aku gunakan tak sesempurna masterchef..tapi boleh dikunyah, dimakan dan ditelan..kiranya berjaya jugak la hasil air tangan aku tuh...dan yang paling penting masakan aku tuh telah mendapat pujian dari mak dan ayah aku..."mavelles ya masok ari ning!!"...










says: next year nak masuk masterchef la..tahun ni tambah ilmu di dada dulu..

Monday, November 28, 2011

bila tokey butik pengantin buat majlis kahwin...

tarikh : 12 november 2011
tempat : di sebuah kampung di kuala terengganu
nama pengantin : mazura + husband(nama lupa)
tema : pink + purple
jemputan : kawan zaman sekolah
tajaan : De Sara Bridal
suasana pada hari bersejarah : pelamin utama, pelamin kek, pelamin hantaran

pelamin yang cukup indah

aku n kawan-kawan n bergambar di pelamin & di bilik pengantin bersama pengantin

pelamin kek

hantaran dari pihak perempuan kepada pengantin lelaki

hantaran pihak lelaki kepada pengantin perempuan

tempat beradu pengantin

dan inilah rupa sebenar pengantin yang sekarang dah jadi tokey butik pengantin De Sara di Kuala Terengganu..selamat pengantin baru mazura..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..sorry gambo pengantin lelaki xsempat nak snap..











says : suka pergi kenduri kahwin...kalau dijemput pasti hadir...


Sunday, November 27, 2011

azam tahun baru 1433H

sekarang tahun baru hijrah iaitu awal muharam dah masuk...dah jadi 1433H..tapi puasa ganti yang 1432H tak habis2 lagi bergantinya..now aku punya azam nak habiskan puasa aku sebelum masuknya tahun 2012..kalau boleh tak nak hutang lama2..kalau tak nanti tak ingat..lagipun sekarang cuaca dekat terengganu sekarang baik punyer..mendung+hujan..dan juga waktu maghrib yang masuk sebelum pukul 7.00..so memang aku takkan melepaskan peluang merebut peluang keemasan ni..hehehe..

lagi azam tuk tahun baru ni...mmmm...nak kahwin kot...hihihi..gatal..tapi sayang calon takde lagi..huhu..kesian aku..tapi takper aku masih muda..yang penting enjoy dulu...bak kata "puteri" kiter enjoyyyy...tapi kalau diikutkan tahun depan 2012 kawan aku ramai yang akan melangsungkan perkahwinan..so aku mendoakan semoga mereka berbahagia bersama dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah...

lagi azam aku iaitu nak berbakti kepada kedua ibu bapa aku...kalau boleh aku nak membalas segala jasa mereka terhadap aku..tapi mampu ke aku...insyaallah..selagi hayat dikandung badan selagi nyawa dikandung jasad akan aku jaga kedua ibu bapaku dengan baik..insyaallah...










says: lepas asar baca doa akhir tahun, dan maghrib nanti baca doa tahun baru, Salam Ma'al Hijrah buat semua.

Monday, October 17, 2011

G.I.T.A.R

tadi aku usha-usha blog Encik Mimpi ...aku sure korang mengenali sape itu Encik Mimpi...ye la ex si najwa latif kan...opsss!!! terlebih sudah....dah jadi femes kawan tuh dengan lagu terputus di twitter tuh kan...
G.I.T.A.R

dan aku kat sini cuma nak royak..aku sangat mengaggumi insan-insan yang boleh bermain gitar...bukan je gitar..alat-alat muzik yang lain gak..apatah lagi bila diorang mampu cipta lagu-lagu..memang GENIUS la diorang...

dan aku sebenar-benarnya teringin sangat nak belajar main gitar..tapi sedey takde orang yang nak ajo..huhuhu...

bercerita pasal gitar ni... zaman-zaman my real bro study kat UTM dulu-dulu...dia ada la beli gitar untuk main-main kat rumah sewa dia kan..n then lepas dia habis belajar dia pun bawak la balik gitar tuh kat kampung..so aku masa tuh berumur belasan tahun punya la excited dapat main gitar tuh walaupun gitar tuh dah terputus talinya...aku siap goreng-goreng gitar tuh ngan lagu sumbang aku...hehehe...

tapi hayat gitar tuh ngan aku kejap jer..sedey...semua ni sebab bapak aku la..bapak aku tertekan dengar lagu sumbang yang aku main...terus dicampaknye gitar tuh...huhu..so sekarang ni terkuburla gitar tuh dihanyutkan oleh air mata duyung aku...

sebab tuh la aku sangat-sangat menghargai insan-insan yang mempunyai bakat bermain alat muzik...bila aku tengok diorang main tuh terus terucap di bibir aku...KELASSS KAU MARIAAA!!!











says: do re mi fa so la ti dooooooooooo......zzzzz...

Tuesday, October 4, 2011

masa mencemburui aku..

sekarang ni..aku tersangat la bz...baru balik dari besut 2 minggu lepas..kena pergi lak ke melaka minggu lepas..pastu kena bertugas lak kat taman budaya,k.ibai isnin baru ni..

now dah masuk kerja balik..kerja bertimbun-timbun tak siap..lepas tuh tambah lagi dengan kerja yang baru..lagi la bertimbun-timbun-timbun...adusla...

sekarang ni aku fokus pada satu-satu kerja..lepas beres yang ni buat yang lain..kalo nak buat semua sekaligus memang xdapek la nak buek semua tuh..slow n steady dalam bekerja baru dapat kerja yang memuaskan..

semua kerja semua nak cepat..naik pening aku...nak usha-usha blog pun tak sempat..huhu... bila kita dah dapat arahan supaya kerja tuh kena siap memang camne pun kita kena siap gak la kerja tuh..walaupun terpaksa kena stayback sekali pun..nanti tak pasal-pasal rekod kita tak comey..bos pun bagi markah sikit tuk kita...langsung tak dapat jadi pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang..horeyyy!!!








says: masa itu emas...so hargailah masa yang ada dengan perkara yang berfaedah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...