peNgikUt sEtiA

klik sokmo!!

Monday, December 12, 2011

selamat tinggal muka buku


seperti yang aku ceritakan didalam entry yang lepas (sila klik sini)....pagi-pagi ni..bila masuk ofis aku terus je buka fb..alhamdulilah dapat masuk n then aku pun terus deactivatekan akaun aku tuh..

huh!!! ngeri bila fikir-fikir akaun fb di hack ni kan...sebabnya pagi tadi aku terdengar dalam radio masa aku drive ke ofis..n aku nak share disini bila sesuatu akaun kita di hack..dalam radio tuh kata..ada satu syarikat yang emailnya telah digodam oleh "awang hitam" yang berada di sini...dan mendukacitakan syarikat tuh mengalami kerugian..huh!!!dasyat la...









says: so pasni jaga la elok-elok akaun email, fb, bank, kad atm kita sebelum akaun anda di godam..

Sunday, December 11, 2011

ada apa dengan facebook aku??


adussss....start 2 minggu lepas nak buka fb tak dapat-dapat..tak lepas-lepas nak masuk..bila log in dikatakan password aku salah..bila aku try tukar password yang baru lak tak dapat jugak nak masuk..n then aku ada jugak la terpikir-pikir fb aku ni dah kena hacked ker??biar betik!! ye la sape pulak nak mendajalkan aku ni..aku bukannya orang popular..rupa takde..duit lagi la takde..tetapi siapakah gerangan yang berani memperlakukan aku begini..adusss..sedey tau..huhuhuhu

dah la tuh dalam fb tuh ada banyak gambar..aku pulak tak sempat nak deactivated kan akaun aku tuh..n now aku langsung tak dapat nak on fb aku..kalo korang ada solutionnya tolonglah bagitau aku...kesian kat aku ni...huhuhuhuhu

bila diingat-ingat kembali..biasanya kalau aku on fb kan..aku tak sign out pun terus aku kuar camtu jer..yela...dah kita buka kat laptop kita sendiri kan..dah kira secure la kan...sebab tuh la jarang-jarang aku sign out yang mengikut prosedurnya..adakah disebabkan fb aku tak off boleh dihacked ha??

fb...fb...pening aku dengan perangai kamu yang dah banyak songeh sekarang ni!!!!









says: bila lama tak layan fb..sunyi lak rasa hidup ni....

Tuesday, December 6, 2011

program yang mendapat tempat di hatiku


sejak semenjak dua menjak ni..tiap-tiap pukul 9mlm memang aku dah duk tercongok depan tv...korang nak tau pasal apa???sebabnya aku dah jatuh cintan dengan MASTERCHEF...

rancangan masterchef ni berlainan dengan rancangan realiti tv yang lain..kalo yang lain sokmo pasal nyani..dah puas tengok rancangan camtuh..so bila dah selalu follow masterchef ni..terus dah melekat kat hati aku..

dan oleh kerana aku ni suka masak...cewahhh....aku selalu la try masak apa yang dimasak oleh masterchef tuh...80% jugak la menjadinya..walaupun bahan-bahan yang aku gunakan tak sesempurna masterchef..tapi boleh dikunyah, dimakan dan ditelan..kiranya berjaya jugak la hasil air tangan aku tuh...dan yang paling penting masakan aku tuh telah mendapat pujian dari mak dan ayah aku..."mavelles ya masok ari ning!!"...










says: next year nak masuk masterchef la..tahun ni tambah ilmu di dada dulu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...