peNgikUt sEtiA

klik sokmo!!

Sunday, May 8, 2011

petua menghilangkan bau durian didalam kereta


oleh kerana sekarang ni musim durian..so aku n mak aku tak melepaskan peluang pegi cari durian kat paso beso keda payang, kuala trg..so nak dijadikan cerita..biler dah dimasukkan durian dalam kereta tuh bau dia masyaallah meninggalkan kesan yang mencengkam hidung..kembang kempis hidung menahan baunya...yang tak tahan tuh biler bau durian tuh melekat-lekat kat dalam kereta...walhal durian dah kiter kuarkan..adushlaa...

so aku pun mintak la petua dari orang-orang yang mahir dalam bidang ni..so aku nak kongsikan ngan u ol semua pasal petua ni bg mereka yang mengalami masalah ini...dari apa yang diberitahu mereka ada 3 jenis solution bagi menghilangkan bau durian di dalam kereta..

1st : arang

2nd : roti

3rd : daun pandan

bahan-bahan ni semua merupakan bahan yang mampu menyerap bau durian tersebut..dan aku mengambil solution yang pertama iaitu arang...sebabnya arang dah ada kat rumah..sebab emak aku suka tanam orkid..tapi kan bila dah letak arang tuh kan..ianya ambil masa jugak la nak bagi hilang...bukan kiter letak hari ni esok tuh dah hilang bau...BUKAN.....so yang 2nd n 3rd solution aku belum try so tak boleh nak komen la camne keberkesanan roti dan daun pandan...

tapi bagi mereka yang mengalami masalah camni boleh la cuba...kalo nak cepat hilang kan bau tuh letak 3 jenis bahan ni...sure la pasni durian pun takut nak tinggal bau...hehehe...









says: guna ambi pur tak hilang gak...apa2 pun kena guna gak kaedah lama...petua yang ditinggalkan oleh orang dulu-dulu..

percaya atau tidak??


1. orang yang hebat memberikan nasihat kepada orang yang mempunyai masalah, sebenarnya lagi hebat mempunyai masalah...

2. orang yang kurang bercakap, bila marah orang yang banyak cakap pun takut nak lawan...

3. orang yang tidak mempunyai boipren, tetap juga menjadi tempat rujukan masalah bilamana diorang bergaduh ngan boipren masing-masing..

4. orang yang peramah lagi banyak masalah dari orang yang pendiam, sebabnya salah satu cara nak cover kesedihan dengan bercakap banyak-banyak otomatik masalah tuh hilang..

5. orang yang terlalu berkira dengan duit akan menjadi bertambah miskin, manakala orang yang tak lokek akan bertambah kaya..sebab rezekinya dibahagi-bahagikan kepada yang hak...

6. orang yang ibu bapanya mempunyai duit pencen sendiri, akan menjadikan anak-anaknya susah nak menghulurkan duit bulan-bulan kepada ibu bapa mereka...

7. orang yang nampak mukanya cantik tidak semestinya dia seorang yang pembersih...

8. orang menghormati kita bilamana mendengar percakapan kita yang penuh dengan ilmu, bukan melihat pada pakaian dan harta benda kita...

9. orang membenci kita bila mana kiter selalu memungkiri janji yang kita buat...

10. orang yang hebat, orang mampu mengawal amarah ketika tekanan melanda diri...








says: percayalahhhhh.......sumber rujukan dari prof madya dr nur hafiah....

Thursday, May 5, 2011

hadiah contest ready untuk dipos...

assalamualaikum...

sebelum tuh aku nak mintak maaf kepada nurmayanty, nor hidayu dan alyani kerana lambat mengeposnya..sebenor-benornya...hadiah tuh dah lama aku beli...cuma mengambil masa yang lama untuk dibungkus..sebabnya benda yang paling aku tak suka buat ialah membungkus hadiah..
so tadi bila dah ada masa dan jugak mempunyai segala kelengkapan untuk membungkus seperti gunting dan salotip kan..aku pun meneruskan niat suci aku membungkusnya...

so ini lah hadiah yang akan sampai kepada anda bertiga...hadiahnya SUPRISE.....dan aku harap korang sukakannya...hadiah yang tak seberapa..tapi ikhlas dari lubuk nurani aku...









says: hadiah ni insyaallah akan dipos by sunday ni...

Wednesday, May 4, 2011

kuasa budak-budak

kuasa baby....cute...geram tengok kecomelan mereka..

sebenarnya kuasa budak-budak sangat besar peranannya dalam hidup kita..bagi mereka yang mempunyai anak-anak...sudah tentu tidak sabar-sabar mahu pulang ke rumah..balik kerja cepat-cepat...bila buat kerja pun asyik terbayangkan teletah anak-anak..

aku yang tak ada anak ni pun sangat-sangat excited nak balik cepat..sebabnya anak-anak buah kat rumah sedang menanti kepulangan aku..yang best and syoknya bila kepulangan kita tuh disambut oleh mereka..."yeye.....chu ya balik doh"....biasanya camtu la sambutan mereka kepada aku...terharu aku rasanya bila dengar diorang semangat menyambut aku...

lagi satu kuasa budak-budak dalam hidup kita...bila kita nak marah sangat-sangat..bila mereka pandang kita...panggil kita....terus hilang marah kita tuh...automatik kita pun jadi sejuk...so tips yang berguna tuk pasangan suami isteri yang bergaduh...sila pandang wajah anak-anak anda sure anda tak jadi nak bergaduh...tapi elakkan la bergaduh di depan anak-anak..sebabnya takut emosi mereka yang tak stabil nanti...

lagi kuasa budak-budak bila kita nak buat sesuatu yang tak betul...mesti kita pikir banyak-banyak kali sebab takut budak-budak akan ikut apa yang kita buat...kalau bercakap pun macam tu jugak...kena pikir banyak-banyak kali..takut mereka terikut-ikut..so janganlah sesekali mencarut, memaki depan budak-budak..apa yang tak elok kita sebut yang tuh jugak la mereka akan sebut..

so masa tuh jangan nak marahkan mereka la..masa tuh marahkan diri sendiri...sebab kita mereka macam tuh...sebabnya lahirnya mereka seperti sehelai kain putih..kita sendiri yang mencorakkan mereka...menjadi corak yang macam mana...sama ada corak yang ekslusif yang dijual dibutik- butik terkenal ataupun corak yang hanya di copy paste and dijual murah di pasar-pasar malam...RENUNGKANLAH...

kuasa kanak-kanak...yang dah pandai bercakap pelat-pelat..cukup terhibur melihat telatah mereka..











says: buat masa sekarang ni menumpang kasih dengan anak-anak buah...chu ya sayang u ol semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...