peNgikUt sEtiA

klik sokmo!!

Tuesday, August 2, 2011

apabila keajaiban berlaku...

suasana ketika pembedahan di dewan bedah

aku ada dengar cerita dari senior staff aku pasal satu kisah yang berlaku pada hari isnin baru-baru ini...cerita ini berkisah pasal seorang hamba Allah yang ingin memasuki dewan bedah untuk membuang ketumbuhan di payudara..

pada hari khamis semasa scan dijalankan ada 3 ketumbuhan yang dapat dikenalpasti..tetapi pada hari pembedahan dijalankan doktor mendapati 2 lagi ketulan telah hilang..manakala 1 lagi ketulan bertukar kepada saiz yang kecil...subhanallah..that is miracle...hinggakan doktor mengerumuni patient tersebut kerana berasa cukup hairan...

patient itu menjawab hanya dengan sembahyang hajat darinya dan juga kawan-kawan yang sentiasa berdoa demi kesihatannya..dan tak lupa doa yang dikirimkannya di Mekah kepada kawannya yang berkunjung ke Mekah pada masa ini..Alhamdulilah..

secanggih mana pun alat pembedahan kita..seramai mana pun doktor pakar yang kita ada..tidak mampu dapat melawan kuasa Allah..dan kita sebagai manusia sentiasalah bermunajat dan meminta pertolongan dariNYA..insyaallah segala rintihan kita didengari olehNYA..dan insyaallah kita dibantu olehNYA...amin.....










says: Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan mereka berusaha mengubahnya.

biler dah sesak baru tau nak cari aku...WTH!!!

aku tak paham betul dengan manusia yang bergelar sahabat biler kelakuan dia macam yang aku mention kat atas tuh...

dulu
masa ada kawan lain...langsung tak muncul depan aku...senyap sunyi terus dari dalam hidup aku..

sekarang
tup..tup..biler kawan dah pindah tempat lain..mula la terhegeh-hegeh cari aku balik...apa-apa nak mintak tolong cari aku balik..huh!!!

mood aku
tensionnnn!! menyampah!! pergi jauh-jauh la.....










says: kawan sama-sama susah n senang payah nak cari sekarang ni...

jangan kantoi dah la...

bila bulan puasa..agak-agaknya kat mana port perempuan yang ABC lepak ha???korang tahu tak apa itu ABC???ABC=Allah Bagi Cuti...dan mereka diharamkan untuk berpuasa..so untuk mengelakkan dari terkantoi of coz la mereka yang ABC ni akan mencari tempat yang strategik untuk menjalankan operasi mereka...orang cakap line mesti kena clear...

tapi kena ingat..kalau nak makan-makan tuh 1st yang korang patut buat...kena kunci pintu dulu...supaya korang tak kena terjah dari sape-saper...baru la selesa nak mengadap makanan tuh..errkkhh..alhamdulilah....










says: sebelum makan tuh jangan lupa baca bismillah dulu yer...

Monday, August 1, 2011

muda mudi zaman sekarang..apa nak jadi....

hari minggu baru ni..aku pergi la giant(terengganu mana ada tempat nak pergi...kalo x giant, mydin...huhu...) pi cari barang2 serba sedikit semperna nak sambut ramadhan ni...so sampai jer sana nak cari paking dah 2-3x pusing..dapat paking pun kat hujung2..

tapi bukan la pasal parking aku nak cerita kat sini..yang aku sakit mata..sakit hati bila berjumpa dengan budak-budak yang baru nak pandai "enjoy"...budak-budak yang baru form 1, form 2...dengan rambut yang konon-konon stylo..dengan berjalan ramai-ramai satu puak...dengan buat bising konon-konon nak bikin kecoh...lepak dekat tempat orang nak lalu lalang..dan yang paling aku hangin sekali bila tengok budak-budak tuh duk bagi-bagi rokok sesama mereka...uish...giler!!!badan pun tak berketul ada hati nak hisap rokok depan public...menyampah aku tengok!!!

dan aku pun terpikir-pikir jugak la..kalau la dekat terengganu pun dah macam ni...apatah lagi dekat bandar besar...kat KL tuh...dan aku teringat satu peristiwa yang berlaku dalam 2 tahun yang lepas di pusat boling midvalley..kalau la aku tau boling kat mid valley macam tuh sumpah aku tak masuk..kalau korang nak tau pusat boling kat mid valley tuh ala-ala disko..maksudnya kat sini..tempat tuh gelap..lampu yang dipasang pun juz lampu pusing-pusing yang warna warni dan dipasang muzik yang cukup kuat...that's why la aku kata macam disko..dan tengah aku n kawan-kawan syok main..alih-alih pusing belakang tak pasal-pasal nampak adegan yang menyakitkan mata..sempat lagi 2 makhluk tuh projek ringan-ringan kat belakang..masya Allah..dah makin teruk akhlak remaja-remaja kita sekarang...tanpa segan silu diorang buat..memang dah melampau sangat-sangat..kalau sekarang dah berani macam ni..10 tahun akan datang macam mana la agaknya...lu orang ada otak..lu pikir la sendiri..











says: hanya mampu berdoa semoga kita semua dilindungiNYA dan dijauhi dari sebarang malapetaka...amin...

Sunday, July 31, 2011

semuanya isnin..

sama ada anda perasan atau tidak...kita bermula puasa pada hari isnin..dan berakhirnya puasa juga pada hari isnin...

dan untuk pengetahuan korang jugak nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari isnin...dan wafatnya baginda pada hari isnin...

dan untuk tahun 2011 ini..kita bertuah kerana melalui awal dan akhir puasa pada hari isnin..cukup unik dan jarang berlaku..dan kita salah seorang yang dapat merasai keunikan ini..


wallahualam...









says: berbuka nanti makan biarlah berpada-pada..supaya tidak ketinggalan mengerjakan terawih...

ahlan wasahlan ya ramadhan


hari ni 1 ogos 2011..umat islam menyambut ramadhan al-mubarak..bulan yang dinantikan-nantikan oleh umat manusia..bulan yang penuh keberkatan..semoga kita semua mendapat syafaat dariNYA dan dapat menghayati bulan ramadhan ini dengan penuh sifat tawaduk...rantaikanlah perangai buruk kita itu dan buangkanlah perangai buruk itu....diharap kita menjadi orang yang "baru" sempena ramadhan ini..amin......









says: selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada seluruh umat islam di dunia ini...

Tuesday, July 12, 2011

mengingati nombor dalam hidup aku

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

itulah bait-bait lagu 1234 nyanyian dari aris ariwatan...begitu penting nombor di dalam hidup kita..dengan nombor kita dapat mengetahui nombor-nombor telefon..bukan itu saja bahkan tarikh-tarikh pun juga melalui nombor..kalau bercakap pasal nombor memang minggu depan pun tak kan abis..tapi kat sini aku nak share tarikh-tarikh yang penting dalam hidup aku..

2 hari sebelum merdeka iaitu 29.8 merupakan tarikh lahir ayah...manakala minggu lepas iaitu pada 8.7 pula merupakan besday emak..dan akhir bulan 9 iaitu 30.9 merupakan tarikh keramat untuk abang aku..dan ketika rakyat malaysia menyambut tahun baru iaitu pada 1.1 kakak aku iaitu kak nana meraikan hari lahirnya..dan insyaallah 1.8 ni kita menyambut ramadhan dan ia merupakan tarikh lahir kakak aku iaitu kak eli...dan ketika meredah hujan dan banjir akhir tahun nanti ketika itulah aku menyambutnya pada 17.12..

kalau dulu hanya 5 tarikh yang aku perlu ingati..tapi sekarang lain pula ceritanya..apabila ahli keluarga dah bertambah..so secara tak langsung aku terpaksa menghafalnya.. dan tarikh lain yang terpaksa aku ingat ialah 2 tarikh keramat yang berlaku pada bulan februari iaitu pada 8.2 dan 26.2 ..dan begitu juga pada bulan disember juga 2 tarikh yang perlu diingati iaitu tarikh kejadian tsunami di acheh pada 26.12 dan juga 27.12 merupakan tarikh lahir bagi kakak ipar aku dan juga anak buah aku muhammad yang mana berkongsi bulan yang sama dengan aku..dan tak lupa juga pada januari iaitu pada 16.1 dan 21.1 merupakan tarikh lahir anak buah aku iaitu zara dan wafa...manakala 16.4 merupakan tarikh lahir anak buah aku yang pertama iaitu nurin qistina..dan selepas itu pula 8.5 merupakan tarikh wirdas melihat ke dunia ini..dan pada bulan lepas pula tarikh lahir arfan yang merupakan anak buah aku yang ke3 menyambut hari lahirnya pada 28.6..

so itulah tarikh-tarikh yang aku ingat dan aku simpan dan tersemat dalam hati aku...so korang camner..ada tak tarikh-tarikh penting aku ni sama dengan korang..ce citer....ce citer..








says: menunggu lagi 2 kelahiran maybe akhir bulan ni atau bulan depan..dan lagi 2 tarikh yang akan aku hafal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...