peNgikUt sEtiA

klik sokmo!!

Saturday, February 26, 2011

saya tiada saman...

alhamdulilah...syukur ke hadrat ilahi...hari ni last bayar saman kan..so aku pun try la mengeceknya...punya la bz line mengecek saman tadi..buka rilek...jammed..buka myeg sempat la register..lepas register nak log in ke JPJ dapat..pastuh nak log in ke PDRM prob..punya la lama loading..jenuh menunggu...so buka la website lain...jumpa la another method iaitu SMS...

taip : POLIS SAMAN no plat

contoh : POLIS SAMAN ABC1234 send ke 32728


nak menuggu respon SMS ni pun lama..dekat 20minit gak la..sampai dua kali aku hantar sms tuh..terbang rm1..so setiap sms akan dicas 0.50 sen ye kawan-kawan...dalam sms tuh berkata " tiada saman dikeluarkan sehingga 27/02/11. Terima kasih."










says: mood sangat-sangat happy sebab saya pemandu berhemah...hihihi

Monday, February 21, 2011

talian hayat 24434

hari ni aku nak story pasal talian hayat 24434..nombor yang begitu special..nombor yang patut kiter ingat, kiter hafal...nombor yang sepatutnya kiter semua kena selalu contact..kenapa???sebab nombor ni aktif 24jam..takde angage, takde crossline...dan nombor ni jugak dapat membawa kiter ke satu destinasi yang tenang untuk kiter menyucikan jiwa (solat) dan juga tempat yang mampu kiter berkongsi segala keluh kesah, suka duka yang terbuku dalam hati kiter (doa)...dan segala luahan hati kiter tuh automatik dirahsiakan tanpa saper-saper yang mengetahuinya... nampak????ok kalau tak nampak aku terang dengan detail lagi..

2-solat subuh
4-solat zohor
4-solat asar
3-solat maghrib
4-solat isyak


so lengkapkah kiter dengan nombor-nombor diatas ni??nombor yang sepatutnya didail tiap-tiap hari...so pilihan di tangan anda..jangan kerana mengejar duniawi segala amal ibadat ditinggalkan..ingatlah...harta yang bertimbun-timbun tak membantu kiter kecuali amal ibadat, doa anak yang soleh serta amal jariah yang dilakukan kiter akan dihisab...berubah la sebelum terlambat..pintu taubat sentiasa terbuka...remember it!!!









says: sering bermuhasabah diri untuk memperbaiki diri supaya tidak menjahanamkan diri..

sticker myvi.com

dan sebenarnya kan sticker ni aku nampak kat kereta myvi sape ntah...so aku pun cepat-cepat la pergi kedai sticker yang terletak kat mydin mall, k. trg....aku bagitau kat adik yang jual kat situ yang aku nak sticker yang ada gambar myvi dan tertera tulisan myvi.com dibawahnya...rupa-rupanya kan kat kedai tuh tak de sticker yang aku nak tuh...adus la...kena order dulu la pulak!! so hampir seminggu jugak la aku menanti dengan kesabaran..dan petang sabtu baru ni aku dapat mesej yang mengatakan "sticker dah ada...mai la amik"..so petang ahad.. lepas jer balik kerja aku pun tanpa melengah-lengahkan terus pergi terjah di kedai sticker tersebut...dan inila hasilnya...mmm...boleh la....

sticker yang aku dah tampal di kereta aku...










says: puas berfikir-fikir nak tempek di mana la sticker ni..dan akhirnya di sebelah kanan bahagian belakang kereta...



Sunday, February 20, 2011

bonus link dah dapat!!

kad yang tertera nama aku "pieyaris"...cehh!! guna nama glemer tuh!!ahaksss...

kelmarin aku dapat kad bonus link ni...yahuuu!!sebenarnya kalau bercerita pasal kad ni kan..dah lama aku nak buat kad ni...tapi sebab borang asyik habis je kat shell..so asyik terbantut je le..cuma baru-baru ni kat shell kg. paloh yang berhampiran dengan kampung aku telah membuat satu inisiatif dimana telah mencatatkan maklumat-maklumat bagi mereka yang ingin memohon kad ini di dalam buku...sebab borang habis...jadi lebih kurang sebulan jugak la aku menuggu posmen menghantarkan kad ni kat rumah...

kenapa aku nak sangat-sangat bonuslink kad ni??sebab aku ni salah seorang yang mengisi minyak shell..setiap kali isi confirm penuh tangki..tapi kalau hujung-hujung bulan tak de maknanye nak penuh-penuh..hehe..so kalau isi minyak sambil tuh kiter dapat bonus kan bagus..sambil menyelam minum air...hhmmm...jadi saper-saper yang belum memiliki bonuslink ni so cepat-cepat la wei!!!









says: collect point untuk bonuslink...

Saturday, February 19, 2011

review kashaf imani


malam minggu baru ni ada tersiar telemovie yang bertajuk kashaf imani siaran astro ria lakonan syarifah amani dan beto kusyairi....

sebelum ni aku tak pernah kenal siapa itu beto kusyairi..aku tertinggal kereta api ker..atau si beto ni pelakon baru..ku sangkakan mamat indon..sebab nama cenggitu!! aku tersilap..rupa-rupanya jejaka malaya...tapi apa yang aku perasan si beto ni muka dan suaranya iras-iras macam hero hangat dalam mesia..hero yang mampu mengutip wang berjuta-juta kat panggung...ala..sape lagi kalo bukan shaheizy sam...mmm...agak ensem gak la..lakonan pun mantop gak..sharifah amani punye lakonan tak leh nak komen la..dah mak cikgu lakon pentas..anak kebabom la punye lakonan...


ha!!ni la rupa sebenar pelakon beto kusyairi ni...amacam..ada iras dengan adik ipar bung mokhtar tak?? hehehehe..

ok dah layan tengok pic hero nya..so layan pulak citernye...tapi xde la aku nak upload video di sini..kalo nak tengok try search dalam youtube la..kalo nasib korang baik boleh la tengok drama yang best ni...kenapa aku cakap drama ni best?? sebab drama ni merupakan arahan shahrulezad yang merupakan pengarah antara garisan yang memenangi drama terbaik dalam anugerah skrin baru-baru ni..

kasyaf(beto) disini membawa 2 maksud..satu nama hero dalam drama ni dan keduanya yang membawa maksud tabir yang dibuka oleh Allah kepada orang-orang yang tertentu yang boleh menyebabkan seseorang itu mampu melihat apa yang orang lain tak dapat lihat dengan mata kasar..

so imani yang dilakonkan oleh sharifah amani diberi keistimewaan apabila dapat melihatnya..dan dia boleh nampak orang yang dah meninggal datang kepadanya..dan disaat kasyaf berada di dalam keadaan yang kritikal..kasyaf meminta imani membantunya untuk memohon keampunan dari ibunya(normah damanhuri)..kehidupan kasyaf sekeluarga sangat huru hara di mana ibunya merupakan seorang gro dan kasyaf sendiri dilahirkan tanpa bapa..manakala adiknya(wan syarmila) bercouple dengan tokey dadah(engku ismail -pakwe zarina af)...so akhir cerita ni kasyaf pulih dari komanya dan wan syarmila meninggal dalam kemalangan jalan raya disaat bergaduh dalam fon dengan ibunya..











says: sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu...redha seorang ibu membawa kebahagian untuk anaknya..

Wednesday, February 16, 2011

english aku dah berkarat...


arghhhh!!teruk betul english aku sekarang ni..memang berkarat giler dah..dah lama tak diasah macam mana tak nak berkarat kan..gara-gara tak menggunakan bahasa inggeris biler nak bercakap (speaking)..ini la jadinya..dah banyak kali aku tersasul menyebut time bercakap...adus malu betul la.. dan yang latest baru jer tadi..dah la perkataan senang..dengan cikgu english a.k.a teacher pulak tuh...hohoho..malu tak terkira aku tadi...tebal rasanya kulit muka ni..huhuhuuuhu

kalau time belajar dulu-dulu aku rasa lagi pandai dari sekarang..bayangkan lah dulu dalam kelas kiranya aku antara yang terbaik gak la dalam subjek BI ni (hidung kembang kempis puji diri sendiri)...tapi terus terang antara reading,speaking and writing for me better reading lagi la..sebab bila membaca aku mampu faham..tapi biler bercakap susah la nak reka ayat..hohoho...huh...sadis betul rasanya..tapi untuk makluman korang aku masih lagi menjadi sumber rujukan kawan-kawan aku time diorang musykil spelling..macam la terror sangat aku ni..hehe..

hasrat di hati ni nak belajar balik english...nak improve kan balik...ye la makin lama makin la berkarat...tapi masa pulak yang membataskan segala-galanya...lagipun rasa malas dah nak mengadap buku..nak tulis-tulis dalam buku...aduh!!berapa banyak alasan daa....sebenarnya faktor MALAS yang mempengaruhi semua tuh..

agak-agaknya macam mana nak kiter improve BI ni?? setakat baca novel, dengar lagu omputih, tengok movie hollywood..boleh ker??aku rasa kalau kiter tercampak kat london..mungkin boleh kiter menguasai BI dengan baik..sebab biler bercakap pasal bahasa ni kan..atau pun language ni kan..ianya memerlukan kiter berkomunikasi..kalau tak mampus la nak clever dalam subjek ni..ataupun cari pasangan omputih lagi cepat kiter menguasainya..hehe..amacam setuju tak??ahakss...










says: bila la bahasa melayu ni nak jadi bahasa dunia..tak perlu lagi nak belajar bahasa asing..

apa maksud mata kanan bergerak??


tengah blog walking ke blog-blog lain sambil melayan lagu-lagu indon kat youtube ni..tetiba mata kanan aku bergerak-gerak...automatik kelip-kelip tanpa sebab yang aku tahu...kenapa yer??berita baik ke buruk ha??biasa kalau belah kanan berita baik kan..hopefully macam tu la...huhuhuhu










says: kadang-kadang tangan kaki pun gatal..apa pulak maksud yang ni ha??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...