peNgikUt sEtiA

klik sokmo!!

Tuesday, June 14, 2011

semua dah crazy ngan nora elena


drama nora elena yang disiarkan di tv3 pada pukul 7-8 malam mencetuskan satu lagi fenomenanya yang tersendiri sepertimana drama nur kasih...tapi apa yang aku nak bagi tau kat sini aku langsung tak tengok cerita ni..tapi aku nak jugak story pasal citer ni sebabnya semua member-member aku duk story pasal keromantikan drama ni..aku yang dengar mula-mula memang terlopong la jugak...langsung tak tahu kewujudan drama ini..siap member aku download drama ni dari episod 1 and baca balik novel yang bertajuk pe tah..yang mana drama ini mengadaptasikan novel tuh..punyer la fanatik diorang pada novel n drama ni

lagi satu kalau dulu semua duk tergila-gilakan nur aminah(nur kasih)...semua nak cari awek yang macam tuh..mak-mak mentua pun nak bermenantukan perempuan seperti nur aminah..but now aku rasa semua lelaki cair ngan kemanjaan nora elena.. dah teringin nak bercintan cintun ngan nora elena..termasuk la member lelaki aku yang sorang tuh..nak cari awek macam nora elena..high taste punya orang..tak sedar betul..hihihi..sedap-sedap aku kutuk dia..haha..sori bro..

tapi kan...apa yang aku tak puas hati bila mana drama yang hebat ni disiarkan pada waktu maghrib..tu la salah satu sebab aku tak menontonnya..sedangkan siaran untuk prime time disiarkan citer-citer yang tak best..tak menarik...buhsan dowh malam-malam takde citer yang nak tengok..walaupun aku melanggan astro tapi bila asyik ditayangkan citer indon kat stesen tuh macam mana nak layan tv wei..sebabnya aku sangat-sangat anti dengan citer indon..apatah lagi dengan tajuk citer yang tah apa-apa..sepatutnya waktu siaran sesebuah drama patut dikaji terlebih dahulu...supaya drama yang berkualiti dapat ditonton oleh semua lapisan..








says: nama femes 2011-nora elena..amacam??setuju??

akhirnya mendapat kepastian

setelah menunggu masa selama 3hari..akhirnya saat-saat yang dinantikan kunjung tiba... horeeeeyyyy!!19hb jun 2011 secara rasminya diumumkan sebagai cuti umum untuk rakyat terengganu sempena kemenangan piala FA..syabas kepada pemain-pemain bola sepak terengganu..saya cukup bangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh semua pemain...

walaupun saya tidak begitu meminati sukan bola sepak..tapi saya tetap melayannya pada malam 11 jun tuh..kerana semangat kenegerian malam tuh tak sangka pakai baju hitam putih walaupun mengadap depan tv kat rumah jer...sangat patriotik saya malam tuh..dan kiranya berbaloi-baloi la saya mengadap tv malam tuh sebab terengganu menang.."memang nelang la awok2 ganu kiter..."bangga akuuu...

so esok tuh pada 12jun lebih kurang pukul 5petang pas balik kerja...dengan tak disangka-sangka geng2 bola berarak bersama piala di bandar kuala terengganu...dan tak sangka saya berkesempatan "terjerepok"(tejumpa) ngan pemain-pemain semua di traffic light simpang tokku..dengan di escort abang-abang polis dengan bunyi hon yang tak henti bergema sebagai tanda sokongan memang betul-betul menjadikan saya "naik ra"(berdiri bulu roma kerana perasaan semangat)...

pemain yang berjiwa kental, bersemangat waja

sekali lagi ucapan berbilion tahniah dari insan kerdil pieyaris tuk kesebelasan skuad bola sepak terengganu darul iman...









says: banyak terkeluo ayat ganu..semangat patriotik gitu...

Sunday, May 8, 2011

petua menghilangkan bau durian didalam kereta


oleh kerana sekarang ni musim durian..so aku n mak aku tak melepaskan peluang pegi cari durian kat paso beso keda payang, kuala trg..so nak dijadikan cerita..biler dah dimasukkan durian dalam kereta tuh bau dia masyaallah meninggalkan kesan yang mencengkam hidung..kembang kempis hidung menahan baunya...yang tak tahan tuh biler bau durian tuh melekat-lekat kat dalam kereta...walhal durian dah kiter kuarkan..adushlaa...

so aku pun mintak la petua dari orang-orang yang mahir dalam bidang ni..so aku nak kongsikan ngan u ol semua pasal petua ni bg mereka yang mengalami masalah ini...dari apa yang diberitahu mereka ada 3 jenis solution bagi menghilangkan bau durian di dalam kereta..

1st : arang

2nd : roti

3rd : daun pandan

bahan-bahan ni semua merupakan bahan yang mampu menyerap bau durian tersebut..dan aku mengambil solution yang pertama iaitu arang...sebabnya arang dah ada kat rumah..sebab emak aku suka tanam orkid..tapi kan bila dah letak arang tuh kan..ianya ambil masa jugak la nak bagi hilang...bukan kiter letak hari ni esok tuh dah hilang bau...BUKAN.....so yang 2nd n 3rd solution aku belum try so tak boleh nak komen la camne keberkesanan roti dan daun pandan...

tapi bagi mereka yang mengalami masalah camni boleh la cuba...kalo nak cepat hilang kan bau tuh letak 3 jenis bahan ni...sure la pasni durian pun takut nak tinggal bau...hehehe...









says: guna ambi pur tak hilang gak...apa2 pun kena guna gak kaedah lama...petua yang ditinggalkan oleh orang dulu-dulu..

percaya atau tidak??


1. orang yang hebat memberikan nasihat kepada orang yang mempunyai masalah, sebenarnya lagi hebat mempunyai masalah...

2. orang yang kurang bercakap, bila marah orang yang banyak cakap pun takut nak lawan...

3. orang yang tidak mempunyai boipren, tetap juga menjadi tempat rujukan masalah bilamana diorang bergaduh ngan boipren masing-masing..

4. orang yang peramah lagi banyak masalah dari orang yang pendiam, sebabnya salah satu cara nak cover kesedihan dengan bercakap banyak-banyak otomatik masalah tuh hilang..

5. orang yang terlalu berkira dengan duit akan menjadi bertambah miskin, manakala orang yang tak lokek akan bertambah kaya..sebab rezekinya dibahagi-bahagikan kepada yang hak...

6. orang yang ibu bapanya mempunyai duit pencen sendiri, akan menjadikan anak-anaknya susah nak menghulurkan duit bulan-bulan kepada ibu bapa mereka...

7. orang yang nampak mukanya cantik tidak semestinya dia seorang yang pembersih...

8. orang menghormati kita bilamana mendengar percakapan kita yang penuh dengan ilmu, bukan melihat pada pakaian dan harta benda kita...

9. orang membenci kita bila mana kiter selalu memungkiri janji yang kita buat...

10. orang yang hebat, orang mampu mengawal amarah ketika tekanan melanda diri...








says: percayalahhhhh.......sumber rujukan dari prof madya dr nur hafiah....

Thursday, May 5, 2011

hadiah contest ready untuk dipos...

assalamualaikum...

sebelum tuh aku nak mintak maaf kepada nurmayanty, nor hidayu dan alyani kerana lambat mengeposnya..sebenor-benornya...hadiah tuh dah lama aku beli...cuma mengambil masa yang lama untuk dibungkus..sebabnya benda yang paling aku tak suka buat ialah membungkus hadiah..
so tadi bila dah ada masa dan jugak mempunyai segala kelengkapan untuk membungkus seperti gunting dan salotip kan..aku pun meneruskan niat suci aku membungkusnya...

so ini lah hadiah yang akan sampai kepada anda bertiga...hadiahnya SUPRISE.....dan aku harap korang sukakannya...hadiah yang tak seberapa..tapi ikhlas dari lubuk nurani aku...









says: hadiah ni insyaallah akan dipos by sunday ni...

Wednesday, May 4, 2011

kuasa budak-budak

kuasa baby....cute...geram tengok kecomelan mereka..

sebenarnya kuasa budak-budak sangat besar peranannya dalam hidup kita..bagi mereka yang mempunyai anak-anak...sudah tentu tidak sabar-sabar mahu pulang ke rumah..balik kerja cepat-cepat...bila buat kerja pun asyik terbayangkan teletah anak-anak..

aku yang tak ada anak ni pun sangat-sangat excited nak balik cepat..sebabnya anak-anak buah kat rumah sedang menanti kepulangan aku..yang best and syoknya bila kepulangan kita tuh disambut oleh mereka..."yeye.....chu ya balik doh"....biasanya camtu la sambutan mereka kepada aku...terharu aku rasanya bila dengar diorang semangat menyambut aku...

lagi satu kuasa budak-budak dalam hidup kita...bila kita nak marah sangat-sangat..bila mereka pandang kita...panggil kita....terus hilang marah kita tuh...automatik kita pun jadi sejuk...so tips yang berguna tuk pasangan suami isteri yang bergaduh...sila pandang wajah anak-anak anda sure anda tak jadi nak bergaduh...tapi elakkan la bergaduh di depan anak-anak..sebabnya takut emosi mereka yang tak stabil nanti...

lagi kuasa budak-budak bila kita nak buat sesuatu yang tak betul...mesti kita pikir banyak-banyak kali sebab takut budak-budak akan ikut apa yang kita buat...kalau bercakap pun macam tu jugak...kena pikir banyak-banyak kali..takut mereka terikut-ikut..so janganlah sesekali mencarut, memaki depan budak-budak..apa yang tak elok kita sebut yang tuh jugak la mereka akan sebut..

so masa tuh jangan nak marahkan mereka la..masa tuh marahkan diri sendiri...sebab kita mereka macam tuh...sebabnya lahirnya mereka seperti sehelai kain putih..kita sendiri yang mencorakkan mereka...menjadi corak yang macam mana...sama ada corak yang ekslusif yang dijual dibutik- butik terkenal ataupun corak yang hanya di copy paste and dijual murah di pasar-pasar malam...RENUNGKANLAH...

kuasa kanak-kanak...yang dah pandai bercakap pelat-pelat..cukup terhibur melihat telatah mereka..











says: buat masa sekarang ni menumpang kasih dengan anak-anak buah...chu ya sayang u ol semua..

Wednesday, April 20, 2011

aku hilang kesabaran...

kenapa ha budak-budak zaman sekarang tak hormat orang yang lebih tua dari diorang ha.....aku mujur tak bagi penyepak jer dekat budak-budak ni tadi...kurang ajar sangat lagak mereka....eee...naik geram aku....buat bising kat luar bilik aku....bila aku keluar masa tuh la kaki aku naik..nasib tak kena jer...ada ke main tudung botol yang dibuat bola..disepak-sepaknya kat luar bilik aku...BISING.....camne la aku tak marah..hangin aku...dah la sebelum tuh aku dah pesan jangan main..tapi main jugak..bila tanya nama tau pun takut....terus lari diorang....tapi AZRI jaga-jaga kamuuu......lagi sekali kamu main..siap kamuuuuuu!!!








says: yang tua dihormati yang muda disayangi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...