peNgikUt sEtiA

klik sokmo!!

Saturday, February 26, 2011

saya tiada saman...

alhamdulilah...syukur ke hadrat ilahi...hari ni last bayar saman kan..so aku pun try la mengeceknya...punya la bz line mengecek saman tadi..buka rilek...jammed..buka myeg sempat la register..lepas register nak log in ke JPJ dapat..pastuh nak log in ke PDRM prob..punya la lama loading..jenuh menunggu...so buka la website lain...jumpa la another method iaitu SMS...

taip : POLIS SAMAN no plat

contoh : POLIS SAMAN ABC1234 send ke 32728


nak menuggu respon SMS ni pun lama..dekat 20minit gak la..sampai dua kali aku hantar sms tuh..terbang rm1..so setiap sms akan dicas 0.50 sen ye kawan-kawan...dalam sms tuh berkata " tiada saman dikeluarkan sehingga 27/02/11. Terima kasih."










says: mood sangat-sangat happy sebab saya pemandu berhemah...hihihi

Monday, February 21, 2011

talian hayat 24434

hari ni aku nak story pasal talian hayat 24434..nombor yang begitu special..nombor yang patut kiter ingat, kiter hafal...nombor yang sepatutnya kiter semua kena selalu contact..kenapa???sebab nombor ni aktif 24jam..takde angage, takde crossline...dan nombor ni jugak dapat membawa kiter ke satu destinasi yang tenang untuk kiter menyucikan jiwa (solat) dan juga tempat yang mampu kiter berkongsi segala keluh kesah, suka duka yang terbuku dalam hati kiter (doa)...dan segala luahan hati kiter tuh automatik dirahsiakan tanpa saper-saper yang mengetahuinya... nampak????ok kalau tak nampak aku terang dengan detail lagi..

2-solat subuh
4-solat zohor
4-solat asar
3-solat maghrib
4-solat isyak


so lengkapkah kiter dengan nombor-nombor diatas ni??nombor yang sepatutnya didail tiap-tiap hari...so pilihan di tangan anda..jangan kerana mengejar duniawi segala amal ibadat ditinggalkan..ingatlah...harta yang bertimbun-timbun tak membantu kiter kecuali amal ibadat, doa anak yang soleh serta amal jariah yang dilakukan kiter akan dihisab...berubah la sebelum terlambat..pintu taubat sentiasa terbuka...remember it!!!









says: sering bermuhasabah diri untuk memperbaiki diri supaya tidak menjahanamkan diri..

sticker myvi.com

dan sebenarnya kan sticker ni aku nampak kat kereta myvi sape ntah...so aku pun cepat-cepat la pergi kedai sticker yang terletak kat mydin mall, k. trg....aku bagitau kat adik yang jual kat situ yang aku nak sticker yang ada gambar myvi dan tertera tulisan myvi.com dibawahnya...rupa-rupanya kan kat kedai tuh tak de sticker yang aku nak tuh...adus la...kena order dulu la pulak!! so hampir seminggu jugak la aku menanti dengan kesabaran..dan petang sabtu baru ni aku dapat mesej yang mengatakan "sticker dah ada...mai la amik"..so petang ahad.. lepas jer balik kerja aku pun tanpa melengah-lengahkan terus pergi terjah di kedai sticker tersebut...dan inila hasilnya...mmm...boleh la....

sticker yang aku dah tampal di kereta aku...










says: puas berfikir-fikir nak tempek di mana la sticker ni..dan akhirnya di sebelah kanan bahagian belakang kereta...



Sunday, February 20, 2011

bonus link dah dapat!!

kad yang tertera nama aku "pieyaris"...cehh!! guna nama glemer tuh!!ahaksss...

kelmarin aku dapat kad bonus link ni...yahuuu!!sebenarnya kalau bercerita pasal kad ni kan..dah lama aku nak buat kad ni...tapi sebab borang asyik habis je kat shell..so asyik terbantut je le..cuma baru-baru ni kat shell kg. paloh yang berhampiran dengan kampung aku telah membuat satu inisiatif dimana telah mencatatkan maklumat-maklumat bagi mereka yang ingin memohon kad ini di dalam buku...sebab borang habis...jadi lebih kurang sebulan jugak la aku menuggu posmen menghantarkan kad ni kat rumah...

kenapa aku nak sangat-sangat bonuslink kad ni??sebab aku ni salah seorang yang mengisi minyak shell..setiap kali isi confirm penuh tangki..tapi kalau hujung-hujung bulan tak de maknanye nak penuh-penuh..hehe..so kalau isi minyak sambil tuh kiter dapat bonus kan bagus..sambil menyelam minum air...hhmmm...jadi saper-saper yang belum memiliki bonuslink ni so cepat-cepat la wei!!!









says: collect point untuk bonuslink...

Saturday, February 19, 2011

review kashaf imani


malam minggu baru ni ada tersiar telemovie yang bertajuk kashaf imani siaran astro ria lakonan syarifah amani dan beto kusyairi....

sebelum ni aku tak pernah kenal siapa itu beto kusyairi..aku tertinggal kereta api ker..atau si beto ni pelakon baru..ku sangkakan mamat indon..sebab nama cenggitu!! aku tersilap..rupa-rupanya jejaka malaya...tapi apa yang aku perasan si beto ni muka dan suaranya iras-iras macam hero hangat dalam mesia..hero yang mampu mengutip wang berjuta-juta kat panggung...ala..sape lagi kalo bukan shaheizy sam...mmm...agak ensem gak la..lakonan pun mantop gak..sharifah amani punye lakonan tak leh nak komen la..dah mak cikgu lakon pentas..anak kebabom la punye lakonan...


ha!!ni la rupa sebenar pelakon beto kusyairi ni...amacam..ada iras dengan adik ipar bung mokhtar tak?? hehehehe..

ok dah layan tengok pic hero nya..so layan pulak citernye...tapi xde la aku nak upload video di sini..kalo nak tengok try search dalam youtube la..kalo nasib korang baik boleh la tengok drama yang best ni...kenapa aku cakap drama ni best?? sebab drama ni merupakan arahan shahrulezad yang merupakan pengarah antara garisan yang memenangi drama terbaik dalam anugerah skrin baru-baru ni..

kasyaf(beto) disini membawa 2 maksud..satu nama hero dalam drama ni dan keduanya yang membawa maksud tabir yang dibuka oleh Allah kepada orang-orang yang tertentu yang boleh menyebabkan seseorang itu mampu melihat apa yang orang lain tak dapat lihat dengan mata kasar..

so imani yang dilakonkan oleh sharifah amani diberi keistimewaan apabila dapat melihatnya..dan dia boleh nampak orang yang dah meninggal datang kepadanya..dan disaat kasyaf berada di dalam keadaan yang kritikal..kasyaf meminta imani membantunya untuk memohon keampunan dari ibunya(normah damanhuri)..kehidupan kasyaf sekeluarga sangat huru hara di mana ibunya merupakan seorang gro dan kasyaf sendiri dilahirkan tanpa bapa..manakala adiknya(wan syarmila) bercouple dengan tokey dadah(engku ismail -pakwe zarina af)...so akhir cerita ni kasyaf pulih dari komanya dan wan syarmila meninggal dalam kemalangan jalan raya disaat bergaduh dalam fon dengan ibunya..











says: sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu...redha seorang ibu membawa kebahagian untuk anaknya..

Wednesday, February 16, 2011

english aku dah berkarat...


arghhhh!!teruk betul english aku sekarang ni..memang berkarat giler dah..dah lama tak diasah macam mana tak nak berkarat kan..gara-gara tak menggunakan bahasa inggeris biler nak bercakap (speaking)..ini la jadinya..dah banyak kali aku tersasul menyebut time bercakap...adus malu betul la.. dan yang latest baru jer tadi..dah la perkataan senang..dengan cikgu english a.k.a teacher pulak tuh...hohoho..malu tak terkira aku tadi...tebal rasanya kulit muka ni..huhuhuuuhu

kalau time belajar dulu-dulu aku rasa lagi pandai dari sekarang..bayangkan lah dulu dalam kelas kiranya aku antara yang terbaik gak la dalam subjek BI ni (hidung kembang kempis puji diri sendiri)...tapi terus terang antara reading,speaking and writing for me better reading lagi la..sebab bila membaca aku mampu faham..tapi biler bercakap susah la nak reka ayat..hohoho...huh...sadis betul rasanya..tapi untuk makluman korang aku masih lagi menjadi sumber rujukan kawan-kawan aku time diorang musykil spelling..macam la terror sangat aku ni..hehe..

hasrat di hati ni nak belajar balik english...nak improve kan balik...ye la makin lama makin la berkarat...tapi masa pulak yang membataskan segala-galanya...lagipun rasa malas dah nak mengadap buku..nak tulis-tulis dalam buku...aduh!!berapa banyak alasan daa....sebenarnya faktor MALAS yang mempengaruhi semua tuh..

agak-agaknya macam mana nak kiter improve BI ni?? setakat baca novel, dengar lagu omputih, tengok movie hollywood..boleh ker??aku rasa kalau kiter tercampak kat london..mungkin boleh kiter menguasai BI dengan baik..sebab biler bercakap pasal bahasa ni kan..atau pun language ni kan..ianya memerlukan kiter berkomunikasi..kalau tak mampus la nak clever dalam subjek ni..ataupun cari pasangan omputih lagi cepat kiter menguasainya..hehe..amacam setuju tak??ahakss...










says: bila la bahasa melayu ni nak jadi bahasa dunia..tak perlu lagi nak belajar bahasa asing..

apa maksud mata kanan bergerak??


tengah blog walking ke blog-blog lain sambil melayan lagu-lagu indon kat youtube ni..tetiba mata kanan aku bergerak-gerak...automatik kelip-kelip tanpa sebab yang aku tahu...kenapa yer??berita baik ke buruk ha??biasa kalau belah kanan berita baik kan..hopefully macam tu la...huhuhuhu










says: kadang-kadang tangan kaki pun gatal..apa pulak maksud yang ni ha??

Tuesday, February 15, 2011

CONTEST COOL MODEL KERETA BERGAYA


lagi sekali aku ingin menjoinkan diri aku dalam contest yang berkenaan dengan kereta..sebelum ni aku dah pernah join sekali..so kali ni aku mencuba nasib buat kali kedua dengan tuan rumah yang lain pulak!!sebab memang i like kalau kereta-kereta ni..dan boleh katakan banyak jugak koleksi gambar-gambar aku bersama kereta...so jom terjah gambar aku bersama dengan husband a.k.a kereta...sebelum terlupa saper-saper yang berminat rajin-rajin klik banner tuan rumah kat atas tuh k!


gambar semasa hari raya aidiladha baru-baru ni...masa ni kitorang pergi kenduri rumah kawan kitorang masa zaman skool..so lepas balik tuh singgah n lepak di pantai teluk ketapang, kuala terengganu


lepaking di kereta sambil menghirup udara yang segar...huh!!nyaman bangat...masing-masing bergaya dalam bentuk love yang tak berapa nak menjadi..ahakss..



ketika mahu pulang....tatatititutu semua...babai u ol...jumpe lagi!!


tagged:
cdah
kak win
are jaa











says: demi TAW 1125..ku sanggup berkorban apa saja...cewahh!!

Ask Genie In A Bottle Contest

contest ni ala-ala macam aladdin la...so saper-saper yang berminat boleh la klik di banner tersebut ok!!


kalau di gosok-gosok kuar si jin Genie tuh 3 permintaan yang aku nak mintak iaitu:

1) istana yang dilengkapi serba serbi..ada kolam renang taraf olimpik, pusat bowling, taman
tema ala-ala disneyland, litar f1 tuk main go kart, senang kata dalam istana tuh melengkapi segala-galanya..dan tak yah nak kuar mana-mana duk dalam tuh jer sebab dalam tuh seme dah ada..dan nama istana tuh akan aku beri namanya" palace of pieyaris"

2) kereta yang bercatkan emas dan di saluti dengan berlian...wow...menggeeliippp!!lip lap!!lip lap anak mami!!


3) mempunyai chef-chef yang hebat yang bekerja di dapur "palace of pieyaris" supaya aku tak menitik air liur lagi biler tengok chef ni masak kat dalam kaca tv tuh..

cukup la sekadar 3 permintaan dari aku..takut si genie ni tak termampu nak melayan permintaan yang bukan-bukan dari aku ni..











says: bila aku dah start berangan....mmm..tak tercapai akalku nak mencapainya..

First Contest : Jumping High Photo Contest

jalan-jalan cuci mata kat blog-blog yang lain jumpa la contest ni..so apa lagi terus la nak join kan...walaupun gambar kiter bese-bese jer..tapi ada la dalam koleksi yang lompat melompat jadi lebih tinggi ni..

so jom tengok ramai-ramai....


*
*
*
*
*
*
*
*
*


gambar secara solo semasa di cameron highlands...ku ingin terbang..tinggi di awan..bersama bintang...bersama bulan..ku ingin genggam sang mentari..ku ingin bermain di tepi pelangi..tetiba kuar lagu awan dania lak!!ish..ishh

gambar secara bergroup pulak

gambar ketika berkempen di batu 12, gombak..semua tangan bak menggampai bintang yang tinggi..cewah ayat...poyo giler...

p/s : kedua-dua gambar ni terpaksa disensored diperut..beronok-ronok melompat sampai tak ingat dunia...










says: teringat lagu SO7...melompat lebih tinggi!!

Monday, February 14, 2011

CONTEST AKU DAN KERETA..

saper ahli-ahli drift yang hebat di malaysia sila la join...kalo nak join klik la kat banner kat atas tuh..tarikh tutupnya hari ni..so cepat-cepat...

gambar aku dan kawan-kawan semasa meraikan hari raya aidiladha baru-baru ini...

enjoice!!!!


aku merangkap driver bersama ngan geng-geng sekampung+geng-geng sekolah..


nak story sikit pasal kereta aku ni yang dah masuk tahun kedua menjadi "husband" aku..mmm..manyak syok la..dan tempat-tempat "honeymoon" yang pernah aku bersama si "husband" tercayang ni pergi iaitu ke PD,KL,JB,KB...tiap-tiap petang sabtu aku akan basuh,cuci,gosok-gosok dengan tangan aku sendiri..punya la sayangnye aku kat "husband" aku ni..dekat 2jam gak la kitorang basah bersama..hehe..sori agak melucasss di petang hari..cukupla serba sedikit pasal story mory "husband" aku ni..takut banyak-banyak kan lagi melucas aku disini..hakhak..


oleh kerana masa dah suntuk so aku tag jer saper-saper yang baca entry ni sila-sila la join eh!!









says: harta yang paling berharga "TAW 1125"

Sunday, February 13, 2011

"Contest Aku & Lagu"



saper-saper pencinta muzik boleh la direct link dengan mengklik kan banner kat atas tuh..

tag aku untuk semua follower blog aku..

sebenarnya kalo bercakap pasal lagu ni banyak genre lagu yang aku suka..tapi untuk contest ni dengan mood nak sambut maulidur rasul esok aku nak share salah satu lagu nasyid yang menyentuh hati nurani aku..

video

lagu yang bertajuk Alangkah Indahnya Hidup Ini merupakan nyanyian dari kumpulan raihan...bagi aku lagu ni sangat-sangat feeling untuk kita hayati..lagu ridunya seorang umat kepada kekasih Allah iaitu Rasullulah S.A.W...


sama-sama kita menghayati lirik lagu ini

Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya rabbi Solli alaihiwasallim
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya rabbi Solli alaihiwasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Ya Rasullullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Ku tahu cintamu kepada umat
Ummati Ummati
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah Indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan Pasti mengalir air matamu
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya rabbi Solli alaihiwasallim
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya rabbi Solli alaihiwasallim......











says: perbanyakkan selawat untuk Nabi Muhammad SAW...Allahumma Solli Ala Muhammad

siapa ben ashaari?

aku sendiri pun tak kenal siapa ben ashaari..tapi apa yang aku tau beliau seorang blogger yang sangat-sangat popular...senang cakap femes di kalangan blogger-blogger yang lain..tapi apa yang aku perasan bila aku blog walking ke blog-blog lain sure akan ada blog ben ashaari dalam list diorang...

bila aku blog walking kat blog abang ben ni memang mantop la wei...follower pun dah kat 10ribu...uish...tak tercapai aku nak mengejarnya...hehe...

baru-baru ni aku blog walking ker blog blogger-blogger ganu..n then nampak la entry yang bertajuk Mini Gathering Bersama Ben Ashaari Di Pantai Batu Buruk!!! kalau la aku tahu awal-awal pasal ni memang confirm aku join...aku nak sangat-sangat jumpa dengan abang ben...bukan sebab kehensemannya..hehe..tapi sebab nak gali-gali..nak korek-korek tips macam mana nak jadi blogger yang hebat cam abang ben..










says : selalu blog walking sambil-sambil tuh boleh promot blog sendiri...

Saturday, February 12, 2011

perjalanan ke klate

tarikh : 12 februari 2011
destinasi : kelate
waktu bertolak :10.30pagi


Welcome Kelantan Darul Naim at 1.30pm


sampainya di kota bharu terus pergi makan di kedai nasi ulam cikgu..memang berbaloi-baloi pergi makan kat situ sebab harganya sangat-sangat murah..lokasinya betul-betul di tengah-tengah bandar berdekatan dengan pasar siti khadijah..

menu :
nasi putih (5)
ikan keli (2)
ayam goreng (2)
ikan panggang(2)
ulam-ulaman yang berpinggan-pinggan
air bandung satu jag
tembikai
budu
belacan
total : rm 36

murah kan ?? dengan ikan keli dan ayam yang besar...sangat-sangat la berpuas hati..
kenyang alhamdulilah..


sembahyang di Masjid Muhammadi, Kota Bharu..masjid yang tak pernah sunyi dikunjungi orang ramai untuk beribadat..


kalau ke klate tak singgah di pasar siti khadijah tak sah kan..so kitorang pun singgah sekejap untuk beli buah-buahan...


sampai di tempat yang dinanti-nantikan...ke pengkalan kubor la...sempat la aku shopping mopping kat sana..punya la seronok shopping sampai tak sedar kedai dah nak tutup..nasib baiklah tak kena halau oleh tuan kedai..hihihi


dan destinasi last kami ke wakaf che yeh..last place for shopping..kitorang sampai sini masa maghrib...masa ni tak berapa rancak lagi la kat sini..diorang baru jer nak start bisnes..baru buka meja..baru letak barang-barang kat atas meja..kat sini biler lepas isyak baru rancak..kalo kat kl ada uptown ..jadi kat klate ada wakaf che yeh..memang havoc la..jadi kitorang tak lama kat situ sebab nak balik trg lak..esok kan keje..


lebih kurang pukul 12 malam kami sampai ke rumah...masing-masing dah letih..tidoooo...












says: jauh perjalanan luas permandangan...

Tuesday, February 8, 2011

"Contest Story Sob..Sob..by Pieyaris"


aku punya hobi mengelamun kan..so semalam entah macam mana aku dapat idea nak anjurkan contest..so tajuk contest aku...tgk kat banner la boss!!

syarat-syarat:
1) wajib jadi follower aku..
2) kena letak banner di entry korang dan side bar blog korang dengan berlink kan blog aku..bereh??
3) tajuk entry mestilah "Contest Story Mory Sob..Sob..by Pieyaris"
4) lepas dah bubuh banner tuh kan, korang citer-citer la story yang boleh menitiskan air mata..bukan sedih jer..yang happy pun boleh..kira cerita happy sampai boleh neleh air mata la..sedih apatah lagi kan..sob..sob la jawabnya..
5) terpulang nak tag kawan ke tak..yang ni tak diwajibkan
6) tarikh tutup 11.03.2011
7) dah siap story jangan luper tinggalkan link korang kat komen contest ni..
8) hadiah akan diberi pada mereka yang boleh membuatkan aku menghabiskan satu kotak tisu..3 hadiah akan disediakan..hadiah of coz la menarik...so hadiah akan diupdate tak lama lagi..






says: sangat sensitif bila dengar cerita-serita sedih...

Monday, February 7, 2011

Contest Collage Kesayanganku

jom la klik kat banner kat atas tuh kalau korang berminat la...


gambar yang menjadi pertaruhan aku dalam contest ni

gambar aku yang bertudung oren..itu la aku..gambar ni sebenarnya gambar aku bersama-sama dengan classmate aku semasa kitorang study di UDM..

so aku nak tag

kak nora
twinklestar
achik









says: rindu pulak kat ex-collegemate..lama dah tak bersua muka..huhuhu

'Ole-ole Bali Giveaway 2011'


saper-saper nak ole-ole from BALI..jom pakat klik ramai eh...bukan senang nak dapat souvenier dari seberang ni pak!!pastikan sebelum 28.02.2011 yer...kalau tak melepas la u all..

Contest The Sexiest Baby

saper-saper yang berasakan anakanda mereka seksi-meksi..jangan segan-segan..just klik kat banner tersebut..




dan ini la gambo yang aku rasakan paling sexy la..tapi bukan my baby..ni anak buah aku yang diberi nama wafa rania bt tajuddin arshad..dilahirkan di kuala terengganu pada tanggal 21.01.2010 dan sekarang baru jer 1tahun lebih dan dah boleh jalan terkedek-kedek...hehe..sekian









says: suka bermanja-manja dengan anak buah seramai 6orang tu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...